Sumber : http://www.firdauskasim.com/2011/07/tutorial-memasang-iklan-nuffnang-dengan.html#ixzz1isBYJbNd http://www.nuffnang.com.my/help/find-ticket ).

Khamis, 29 November 2012

cinta pantai merdeka!~

ku ukir namamu di awan gunung jerai . disaksikan daun-daun nyiur melambai.. oh indahnya.. cinta kita di pantai merdeka,... hahaha.. saje aku bagi macam ni .. 16-17/11/2012 - aku mencipta rekod peribadi.. mendaki gunung jerai.. wahahahaha.. berbekalkan seketul ayam kfc milik sahabat beserta beberapa teguk air , aku sampai jugak ke puncak tu walapon keadaan aku sangat nazak.. tipu jer.. takla nazak mana pon.. cuma penat yang teramat sangatlaa sebab aku dah lame tak mengaktifkan diri dalam aktiviti2 lasak ni..

jam 8 pagi , kami semua berkumpul dekat kawasan pengumpulan budak2 yang akan hiking. hanya beryurankan 10ringgit saje , kami mampu! haha.. abaikan ayat tak sekolah. jam 9 kami bertolak ke yan kedah..  

                                 abaikan muka baru bangun tido aku

samapai kat gunung jerai , kami dibriefing oleh pemilik gunung. eh , penjaga gunung.. eh2, bukan.. pemilik chalet di atas gunung. haa.. baru betol.. aku dah lupa ape yang dikatakan oleh encik tu sebab banyak sangat dia cakap.. otak aku tak mampu mencerna apa2.. yang aku tau aku nak mendaki jep..

jam 11 a.m , selepas meneguk segelas teh panas , aku bergerak.. sebenarnye kami tak mendaki melalui trek, tapi melalui jalanraya.. tapi ketahuilah bahawa jalan itu meninggi.. meninggi bermaksud macam bukitlaaa.. da nama pon mendaki.. dengan beg seberat 10kg ++ (tipu kot),  kami memulakan pendakian.. yang xboleh blahh, sorang dari geng kami ni bawak kfc yang dia beli kat jitra malam sebelum kami mendaki.. hahah.. 

sejam untuk 2km perjalanan.. tu awal2 perjalanan.. semakin lama semakin sikit kilometer tu.. ada jugakla kami buat shortcutnye.. mendaki melalui trek.. ya ampunnn.. memanjat.. dan berguling bawah divider.. da macam askar nak gi berperang laa..hahah.. xboleh blaahhh..

lepas beberapa R&R , member aku siap suruh kami berhenti tepi jalan.. dia keluarkan bungkusan KFC , dan terus melantak kat situ jugak! hahaha.. xselera la aku penat2 neh nak makan benda alah tu.. bile dah makan, kenyang. bile dah kenyang, paham2 la.. jalan pon macam larat xlarat jep.. tapi disebabkan semangat setiakawan yang tinggi , kami berhenti la.. ape2 masalah , tanggung bersama. tu yg samapai 5 jam baru sampai.. 

jam 4 p.m barula sampai kat atas sana tuh.. pasang khemah kejap dan geng2 aku ajak mandi kolam. bapak sejookkk sehh.. xmampu aku.. ramai budak2 siap berenang tuh.. heran aku.. aku dah gigil kesejukan.. cepat2 la aku mengajak dorang naik sebelum aku jadi beku kat situ..

malamnya pulak , ade aktiviti bbq , tapi disponsor.. kitorang xpayah buat ape.. buat bodoh disertakan dengan muka toya saje.. untung! lepas tuh makan.. senang hidup.. 

yang malam paling tak best.. cuaca kat atas tuh sangat sejuk macam gunung everest(tipu saje).. tapi seriously sejuk.. aku siap berstokin lagi.. haaa.. dah macam anak2 orang putih tu.. hihi..yang tak bestnya pasal aku memang takboleh tido bile aku ade di suatu tempat baru..

sampai jam 3 pagi pon aku tak boleh tido.. ade la tido tapi sekejap sangat. kalau kau makan megi pon xsempat habes , aku dah bangun.. disebabkan fikiran bercelaru , aku beralih tempat.. sehingga menakutkan dia. ahhaha.. xboleh blahh lagi.. dia naik seriau tengok aku diam tak berkata pape , terus dia kejotkan member kami yang lagi sorang yg tengah syok gila tido..

berjagalah kami seperti orang kampung menjaga kampung untuk mengelakkan kes kecurian di kawasan kampung.. tertubuhlah kelab bual secara tak rasmi.. budak2 yang bangun nak pergi kencing pon masuk join sekali.. dan tertido disitu.. oh ye, kami tido di chalet.. member yang lagi sorang tu tido dalam khemah.. dahlah hujan lebat. wahahaha.. kesiannn..

lepas subuh , barulah aku terjatuh jua ke lantai disebabkan mengantok yang amat.. dan paginya kami xjoin aktiviti2 bergambar dengan budak2 laen disebabkan ingin menghabiskan masa2 tido kami yang terganggu disebabkan aku..

jam 10 pagi , kami bertolak balik.. tapi maaflah.. bukan pakai kaki tapi menaiki van.. masing2 taksanggup dah nak turun guna kaki.. letihhh..

pape pon , tu semua jadi pengalaman pertama kat aku.. pertama kali mendaki gunung jerai.. lepas ni rasanya dah tak mau.. huahaha..



masa yang sepatutnya untuk sampai ke puncak adlah 3 jam saje bagi manusia yang bertubuh kurus keding macam aku ni. tapi disebabkan berlakunya banyak R&R iaitu rehat dan rehat, maka aku dan jugak geng2 mengambil masa 5 jam untuk sampai ke sana.. 

tapi bila orang sebut perkataan 'mendaki' , perasaan aku macam membuak2 nak join.. tapi sedia maklum aku manusia yang lembik.. dah 10km macam tu pon da xlarat.. macam mana kalau berpuluh2 km? mampukah? aishh!~

aku nak cipta rekod peribadi lagi!~


                                            rekod peribadi tercipta . HAHA . (gelak setan)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan