Sumber : http://www.firdauskasim.com/2011/07/tutorial-memasang-iklan-nuffnang-dengan.html#ixzz1isBYJbNd http://www.nuffnang.com.my/help/find-ticket ).

Khamis, 21 Mac 2013

Tuah Ayam Nampak Di Kaki , Tuah Manusia Tak Nampak Langsung

Peribahasa aku macam gampang kan . macam tak sekolah . aku bukan nak cerita pasal ayam goreng , ayam panggang mahupun ayam golek . hentikan segera lelehan air liurmu! oke , berbalik pada tajuk sebelum aku melalut . sebenarnya aku terpanggil untuk menulis entry kali ni disebabkan result spm keluar hari ni. Berpusu pusulah para pelajar mengerumuni kawasan sekolah pada hari ni.

Walaupun aku bukan pelajar spm pada ketika ini , aku tahu la macam mana keadaan kat sekolah pagi tadi berdasarkan pengalaman aku 5 tahun yang lepas .. oh sudah tua aku rupanya. Tanpa membuang masa yang sememangnya terbuang tadi gara gara lepak minum kat kedai yang baru baik dari bankrap , aku dengan cepat menggapai handset untuk mesej sepupuku.

“wey Ga Yoon (nama panggilan kepada sepupuku), kau dapat berapa spm?”
“teka la”
“Ah, malas la aku main teka teki siang hari ni”
“3A”

Aku Cuma nak mengucapkan tahniah pada sepupu sendiri. Walaupun resultnya bukan sebelas dua belas A, tapi aku tetap mengagumi beliau kerana subjek matematik beliau A! wadafak betul aku rasa. Haha.. tak puas hati pulak.

Mau tak puas hati , waktu aku ambik result dulu, subjek ni yang membuatkan aku tak boleh masuk u pada usia muda. Sebabnya matematik aku D! aku tak tahu kenapa aku bengap bab kira kira. Rasa rasa dah sebotol kismis aku telan waktu tu. Siap makan EXAMO yang cikgu jual lagi. Dan aku tak makan makanan ringan. Wadahel betul. Aku ingat aku dah jadi bijak time tu. Rupanya sia sia belaka!

“ bodohnya kau dapat 7D matematik dan 9G add math”, kata adikku.
“cis, kurang asam . kau cuba ambik tengok dapat A tak”

Sepupu aku col petang tadi cakap dapat D subjek addmath.. kau pakai otak apa ha budak? Asal kau pass addmath? Aku tetap takpuas hati.

Subjek sejarah dan bahasa melayu diaa pun A. ni baru dikatakan mengikut jejak langkah sepupu.. budak ni nak mintak matrik. Memang layakla kan dah mat A.

Aku pun mesej lagi kat budak spm. Kali ini adik lelaki aku.

“pi,kau dapat berapa spm? Beres ke tak?”

Lama aku menunggu, tiada balasan. Buzy betul adik aku yang sorang ni. Melayan aweks la tuu.

“1A”

Tu je dia balas. Dah la aku tanya panjang, dia balas tu je. Takde titik pulak tu.
Aku tetap kagum dan hairan macam mana dia boleh dapat A ni. Setahu aku , aku tak pernah nampak budak ni pegang buku sekolah melainkan buku majalah Yezz dan majalah wanita je. Haha.. pelik betul aku.

Apa apa pun tahniah pada yang Berjaya mendapat berbelas belas malah ada yang dapat berpuluh puluh A  tu. Korang memang hebat gila la aku cakap . Korang telan buku eh? Ke rebus kertas nota dan minum? Mujarab eh? Aku nak cuba gak.

Panjang gila mukadimah . mesti orang dah termuntah baca .  aku nak cakap , kepada yang tak Berjaya dapat berbelas A tu ,korang jangan risau la. Takda mati nya kecuali kena hambat ngan bapak korang jela.

Hidup korang tak berakhirla walau xdapat berbelas A. mungkin ada yang lebih baik menanti korang di masa depan. Manala tahu kan?

Contoh, aku dulu bukan dari golongan bijak pandai . aku xpernah pun dapat semua A dalam setiap peperiksaan , apatah lagi menjadi wakil pelajar terbaik . harammm.. xpernah.. form 5 dulu sangkut addmath tak lulus , matematik setakat lulus je . bongok gilakan?

Lepastu dikecam pulak ngan cikgu addmath.

“saya tak respect orang masuk form 6”

Sedihh aku dengar. Aku dahla sedih tak bleh masuk u time tu sedangkan rakan rakan lain berpusu pusu ke u. ditambah pulak cikgu tu tak pandang aku langsung . tapi aku dapat pelukan sebab dalam kelas, aku sorang dapat A1 subjek sejarah . lagi aku heran .bukan ke dalam kelas tu aku duduk paling depan dan tidur depan cikgu tu? Nasib baik tak kena halau je.Ah, tak kesah laa..

Aku pun masuk form 6 . niat aku dulu taknak masuk u sebab aku dah kecewa dengan result spm . waktu form 6 cikgu Tanya aku.

“cita cita awak apa?”

“saya nak jadik nurse cikgu” aku jawab dengan bangga dan yakin.

“kalau nk jadi nurse watpe awak masuk form 6, buat penat je. Baik isi SPA”

Cikgu sekali lagi memandang rendah kat aku. Dia xtahu aku dah 3kali isi SPA, tak pernah dapat. Apa sial nasib aku pun xtahu. Aku bersedih lagi. Aku tetap meneruskan form 6 dengan main main dan malas. Aku masih teruskan aktiviti tidur dan berbual dalam kelas. Sampai satu tragedy terjadi, 2 bulan aku tak pergi sekolah masa 6 Bawah.

Dan lagi dua bulan tak pergi sekolah untuk 6 Atas.. tup tup result STPM aku dapat 3.2 . terkejut beruk aku. Macam mana boleh dapat 3 sedangkan main main dan tak pergi sekolah lama macamtu.
Aku mintak la u. tup tup dapat pulak . walaupun bukan pilihan utama , aku rasa hepy gila sebab aku kan dikecam banyak kali. Bukan aku mintak pun semua tu.

Aku rasa ni semua nasib baik. Aku memang bernasib baik gila la aku rasa.
Ada la sorang hamba allah ni selalu dapat semua A setiap kali exam. Tapi pengakhiran nya tak dapat masuk u. kenapa? Nasib.. mungkin dia akan lebih Berjaya di luar sana. Aku bukan nak buruk2 kan dia , Cuma nak bagi harapan kat budak budak macam aku.

See, tengok.. orang tak Berjaya macam aku pun ada harapan jugak masuk u. jadi , adik2 aku yang tak dapat full A , don’t worry bebeh! Hidup berjalan seperti biasa. Jangan bunuh diri . lu rugi doww!

Bila dah masuk u ni aku ingat perangai aku berubah. Tapi tetap macam dulu pemalas. Aku ingat lagi cikgu kesayangan aku selalu cakap macam ni kat aku

“Nana mu ni bijak sebenarnya tapi pemalas serupa kentut”

“ kau ni ada harapan nak masuk u tapi pemalas macam kentut”

Kau bayangkan cikgu aku pun samakan aku dengan kentut. Aku tahula aku ni kuat kentut. Tapi boleh dia samakan aku dengan kentut. Haha.. walaupun aku disamakn dengan kentut , aku tetap sayang cikgu tu sebab dia sporting! Hehe . dan mungkin sebab ni la aku jadi kuat kentut agknya.

Kat u perangai malas study aku menjadi jadi . dahla malas study, dalam kelas aku selalu tidur dan berkhayal . sebab tu la time kelas batal pun aku gigih ke kelas lepastu kecewa sebab tak tahu kelas batal. Betapa bongok tahap kuasa 2.

Tapi walaupun macam tu , aku rasa nasib aku baik . sentiasa bernasib baik . aku harap aku sentiasa bernasib baik dalam bab ni. Haha..macam gampang.. kau hengat kau dekan ke nana ??

Ah dah berjela entry. Orang mesti boring gila dah. Sekarang aku nak tengok muvie. Kerja aku masih berlambak , aku tak tahu nak buat apa , jadi baik aku ke berjimba dulu.

K, bai!

bukti aku kaki tidur . tiada penipuan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan