Sumber : http://www.firdauskasim.com/2011/07/tutorial-memasang-iklan-nuffnang-dengan.html#ixzz1isBYJbNd http://www.nuffnang.com.my/help/find-ticket ).

Rabu, 3 April 2013

Salah Kereta.



Bikin panas. Bikin panas. Malu pulak tuh. Kejadian ni terjadi pada 2 pril 2013. Masa tu aku dalam proses *ayat macam gampang* untuk ke Alor Star jumpa sahabat lama aku yang dah 2 tahun tak jumpa.

Tepat jam 8.30 malam, aku diberitahu kereta kitorang sebelah viva hitam. Aku sebenarnya rabun. Tahap rabun aku dah makin teruk agaknya sampai dah tak boleh cam mana kereta viva, mana kereta entah  ape benda.

Dengan semangat yng tinggi di hati kerana terlalu gembira, aku daki la anak tangga tu. Sampai sampai kat tempat parking kereta, aku Nampak satu kereta bukak lampu tinggi, jadi memang tak Nampak apa la selain Nampak lampu.
Dengan yakinnya aku berjalan dan membuka pintu kereta. Dahla tarik dengan kuat.

“eh, kenapa ni”, Tanya pemandu tersebut.
Aku mengambil masa untuk mengecam seperti seekor kucing. 
Dan aku baru tersedar yang aku “Oh maigoddd aku salah kereta.”

Terus aku tutup pintu kereta dan berlari ke belakang.
“oh malunya”

Kau tahu tak muka lelaki yang sedang main sms waktu tu, cuak gile dan terkejut. Mau tak terkejut, tunggu awek, tetiba awek laen yang yakin betul pergi bukak pintu kereta. Kau tahu yang malu aku malam tuh pada tahap 9/10 . kurang 1 sebab aku tak kenal mamat tu dan mamat tu tak kenal aku hokayy..

Lepas aku menutup muka dan berlari , aku terus ke kereta sebelah. Sekali lagi dengan yakin aku menarik pintu.

“ya allah terkejut aku”, kataku dalam hati.

Nak tahu kenapa? Kawan kitorang ada kat depan tu. Selalunya kerusi depan memang untuk aku. Tapi malam ni memang tanpa niat kot hari memalukan aku. Double pulak tuh. Yang diorang dah ketaw berdekah dekah sebab Nampak yang aku salah kereta tadi. Malu wey.

Moralnya, lain kali aku memang kena hati hati dan buat pengecaman terlebih dulu sebelum buat apa apa. Nak best lagi, laen kali aku akan pakai spek dulu. Bila dah selamat baru bukak.
Harap mereka yang terlibat lupakan hal memalukan ni. Dan paling aku malu, mesti mamat tuh cerita dekat awek dia. Nasib baek awek dia takda kat situ waktu tu. Kalau tak, bikin gaduh mungkin?
Hahahahahha.. sumpah malu.


Lepas  aku  mengabaikan kemaluan itu, kami gerak terus ke alor star. Tak sabar ku menunggumu.dan kami bantai karok 2jam dan bayaran mengalahkan red box. huh! tapi aku memang tak menumbangkan suara la.. memang tak la.  sumbang gila suara aku. tak sanggup bagi mereka dengar.



ni la minah sayang aku yang dah 2 tahun tak jumpa!

sayang aku bantai bawak batalion dia yang sporting ni. haha

sahabat hujung nyawa , kita pasti jumpa lagi. aku janji~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan