Sumber : http://www.firdauskasim.com/2011/07/tutorial-memasang-iklan-nuffnang-dengan.html#ixzz1isBYJbNd http://www.nuffnang.com.my/help/find-ticket ).

Rabu, 3 April 2013

Tips Tangani Kulit Berminyak

Wahaha.. mesti ramai suka kan?? Kulit berminyak ni memang trend lah orang kata bagi remaja yang baru nak membesar dan yang dah tua2 bangka macam aku pon tak terkecuali .. macam2 cara dah aku guna tapi macam xjalan jep .. putus asa dah aku pon . tapi setelah berputus asa, muncul keazaman baru. Haha..

tips ni mungkin berkesan untuk sesetengah orang , tapi mungkin jugak tidak berkesan untuk kulit yang tak mendengar kata . tapi jangan gusar jangan segan , cuba lahh dulu .. ade gaya penjual obat tak?? Hahaha..

Tapi cubalah dulu ye , mana tahu nanti muka korang akan lebih licin dari Agnes Monica ke. Dan ditawarkan menjadi duta produk Loreal, takpun Maybelline, atau Silkygirl. Sudah sudah! Usah berangan lagi. Tapi cubala ye.

Muka aku dulu pun teruk gilak jugak gara gara masuk u. haha.. tapi setelah merawatnya bagai nak rak seperti nurse merawat pesakit, akhirnya muka aku dah elok la sikit.
Tanpa melengahkan masa , marilah kita kejalan yang lurus . cuba tengok tips2 ni . try
 ikot , mana taw berkesan .. nanti terima kasih kat aku nahh.. hahah..

1.      Bersihkan kulit muka tu dua kali sehari. Kurang atau lebih adalah TIDAK BAIK untuk kulit muka ye kawan kawan.

2.      Gunakan krim atau pelembab yang bebas minyak. Gunakan yang ada tulis oil-free tuh.


3.      Gunakan mask/masker yang sesuai. Kalau yang kulit berminyak macam aku, seeloknya gunalah yang jenis clay tuh.. elokk.. tapi aku belum cuba lagi. Hahaah.. lepasni in syaa allah..

4.      Gunakan scrub untuk membuang sel kulit mati sekali seminggu.


5.      Sentiasa gunakan toner.. aku dah tahu kenapa sem 3 dan 4 muka aku teruk. Sebab aku hentikan penggunaan toner dan menggunakan krim yang tidak sesuai. Sekarang aku pakai balik toner lama aku. Aku pakai garnier toner yang botol warna biru.

6.      Harussss elakkan solekan tebal dan melekit. Kalau kulit tak bermasalah, no problem kau nak mekap macam opera cina sekalipun sebab kulit kau dah memang cantik. Tapi bagi yang berkulit berminyak, baik kurangkan. Kalau nak jugak, cari yang oil-free.


7.      Minum air masak dalam kuantiti yang banyak. Kalau rajin, minumla sampai 3liter. Boleh jadi secantik Kareena Kapoor tuu..

8.      Bab makanan aku rasa tak mempengaruhi sangatla. Kalau jerawat nak naik tuh, tak makan kacang pun naik jugak kan.


9.      Bersenam selalu untuk mengeluarkan toksin dari tubuh. Kalau jenis yang mudah berpeluh tuh, rileksla dia. Dah tak payah bersenam bagai. Aku jenis payah nak keluar peluh. Jadi memang setiap minggu aku kena senaman la sikit. Senaman aku mudah jep. Aku menari sampai 2 jam. Ha peluh keluar macam pergi lawan bola sepak..

dulu, muka begitu sedih. senyuman lebih lebar setelah muka berjaya dibaikpulih. fuhh





Nampak tak perbezaan kulit aku yang dulu dan sekarang? Tu yang dah elok sikit, kalau yang dulu lagi yang masa jerawat tengah sedap menjahanamkan muka aku, tak sanggup den nak letak. Mesti orang kena sawan kalau tengok. Tapi yang sekarang pun takda la kulit mulus gebu mana pun Cuma elok dari dulu. Kesan parut lobang lobang tetap tak hilang. Just parut hitamla Nampak hilang sikit.

 Sekarang aku dalam proses membaikpulih lobang lobang yang jerawat tinggalkan kat aku nih. Berbulan bulan jugakla amik masa nak rawat muka yang dah jahanam ni.

Nak cantik bukan senang, nak hodoh je senang. Aku dulu pernah tersilap produk, jahanam muka aku. Sekarang aku dah tak berani mencuba produk bukan2, takut tak sesuai dengan kulit, padahhh.. jadi berhati hati memilih produk ye!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan