Sumber : http://www.firdauskasim.com/2011/07/tutorial-memasang-iklan-nuffnang-dengan.html#ixzz1isBYJbNd http://www.nuffnang.com.my/help/find-ticket ).

Ahad, 26 Mei 2013

Kesuntukan Masa

Tajuk pun direct to the point takde corner2, belok2 kan. Nampak sangat yang masa aku sememangnya suntuk. Bulan 4 dan bulan 5 ni aku bernafas pun pakai nyawa ikan jep. 

Bukan sebab nazak sakit tapi nazak dengan terlalu banyak assignment lah, kuiz lah, mid term lah, praktikal lah dan jugak part time yang begitu menghimpit diriku yang hensem lagi kacak bergaya nih. hehe

Dipendekkan cerita yang sememangnya dah pendek, aku dah tak punya waktu riadah yang indah macam kanak-kanak tadika yang lain. Aku sudah tak punya waktu tido petang mahupun tido sampai matahari tegak atas kepala *bohong sikit.

Setiap hari cuti aku sama ada aku akna praktikal atau buat part time. Setiap hari kelas dari pagi sampai ke petang. Hapak macam tuh jep bau. Huh jatuh saham. Malamnye buat assignment, Kadang-kadang study kuiz. Kadang kadang la kan. Tak pon aku akan terbongkang di atas katil akibat keletihan. Tido awal disebabkan penat. 

Ni kelas aku paling lewat pun 30 hb masih ada lagi. Apa laa lect rajin buat kelas sampai ke akhir bulan. Hujung bulan ni pun kuiz masih menunggu. Baek kan lect aku? 3hb aku dah start final paper. Nampaknya tiadalah masa aku berhoneymoon bersama teman teman tercinta. Maaf teman.

Tapi aku dengan rendah diri nya berharap 2 hari sebelum exam tu aku mampu insaf dan study elok elok. Sem ni semua paper aku pembunuh utama. Aku tengok markah kuiz aku semua ciput bin kedekut! Tak macam dulu. kuiz macam tinggi pasal senang nak goreng. Sekarang aku goreng sampai hangus terbakar pun markah tetap tang tuh jugak. huh!

Sebab soalan kuiz tu macam kau exam STPM dulu. Bile baca soklan, kau rasa eh tak pernah dengar pun tajuk ni. Contoh soalan " FLOOR MACHINE". Jadah apa la ni kan. Aku dengan yakin jawab ceramix, tile lah, wood lah. Nampak tak kebebalan kat situ?

Terpaksalah aku tanya jawapan orang sebelah. HAHA.. Bukan meniru tau weh, aku tanya jep. Bukan paper jep killer, lect lagi maha killer. Rilex jep dia bagi C dekat student2 gigih lagi skema. Dah aku yang macam perangai setan ni, dia nak bagi gred ape? Kau jawab 3, 4 page , markah tetap sikit. Tak payah buat rajin la.

meja heboh bersepah tak cukup masa. 


Kuiz seterusnya, Nah ambik satu page jep aku bagi. Simple. Masa makin suntuk, duit pun suntuk jugak la. Haha.. Semua ajakan para sahabat untuk berjoli terpaksa aku tolak. Bukan takmau bersosial sahabat2 sekalian, tapi aku tak punya waktu. Cerita dekat orang pun bukan orang paham.

Jadi lantak lah diorang nak kata aku kera sumbang ke, pergi bertapa ke, beruk sumbang mahram ke. Yang aku tahu aku sibuk. Tak sempat nak melepak sampai pukul 2 pagi dah kat bilik diorang. Berlambak la keje aku macam kain baju bundle kalau aku melepak macam tu.

Tapi tulis blog mampu pulak. Ye dak? haha.. Jangan salah sangka aku bukan buaya. Eh, salah. Aku tulis blog ni pun kat  hanset terlebih dulu waktu2 aku mengalami isomnia. Ni aku just taip balik jela apa yang dah aku tulis.

Bile aku isomnia kan, aku banyak berpikir. Itu la. Ini la.. Idea pun mencurah-curah ke ladang gandum. Boleh jadi penulis lagu dah aku ni kalau tengah isomnia. Bile dapat cuti, nah tido waktu zohor baru bangun. Memang stok anak dara nak kena terajang aku ni.

Ni sebenarnya aku ada interview esok untuk subjek BPCOM. Tapi aku macam rilex. Yelah hero tok gaduh. Ye dak? Aku tak tahu kena prepare. Bawak apa. Bawak diri jelah esok. Sijil2 pun tak cari lagi. Malas tahap tenuk aku nih.

Malas la menaip. CHOW duluuuu.. 

Btw, ustaz Azhar Idrus kawin lagi. Dah terisi kuota ketiga dia. Sapa yang berminat jadi la bini no 4 dia. HAHA.. tahniah ustaz.. Tabik spring kat isteri2 dia yang boleh bermadu tuh. 

Daaaaa!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan