Sumber : http://www.firdauskasim.com/2011/07/tutorial-memasang-iklan-nuffnang-dengan.html#ixzz1isBYJbNd http://www.nuffnang.com.my/help/find-ticket ).

Khamis, 12 September 2013

Tabiat Buruk


Tabiat buruk atau bad habit.  Setiap manusia pasti ada tabiat buruk kan?  Aku pun tak terkecuali.  Idea nak keluarkan entry ni muncul di saat saat aku tengah membasuh pinggan mangkuk sambil melihat susu lembu direbus kat dapur gas sebelah aku.  Tetiba idea ni terkeluar.  Lalu aku dengan pantas membasuh pinggan dan terus berlari lari kuda ke bilik dan membuka laptop cabukku.


Eh.  Aku rasa aku dah melalut dari tajuk asal. Oh, lupa.  Lari dari topic jugak adalah bad habit.  Kekekeke.. ah sudah! Tabiat buruk ni sebenarnya terjadi disaat kita tidak sedar, tapi bad habit jugak terjadi di saat kita waras dan under control.  Macam aku, tabiat buruk aku ni dalam keadaan aku berfikir dan waras.  Cuma rasa gian mengatasi segalanya.  Haha..  contoh2 tabiat buruk manusia adalah seperti yg berikut :


1.    Gigit kuku.  Aku pernah tengok kuku orang yang ada habit ni.   Sumpah buruk gila! Hahaha.. rabak, terkopek, herot habisssssssssssss..

 
2.       Kunyah ais. Akan dibincangkan sebentar lagi.
 
3.       Melancap. Boleh ke aku kata benda ni tabiat buruk? Mahye para pembaca!

4.       Gentel hujung baju.  Budak kecik selalunya macam ni.

5.       Gesel kaki sebelum tido. Ala macam nak berenang tuuu..

6.       Buat mimic muka yang pelbagai. Comel la bagi aku buat macam ni. Rasa nak tibai dengan cangkul.

7.       Kelar tangan. Extreme gila weh.. asal tertekan je mesti kelar tangan.  Ngeriii.

8.       Korang fikir sendiri boleh? Aku tak larat dah.
 

Aku punya tabiat buruk ni tak lah buruk mana.  Baru jugakla. Aku suka makan ais.  Lebih sedap lagi, aku gila ais/air batu!  Fuh! Ni dah gian ni.  Aku baru lepas makan 5 ketul ais.  Petang tadi tak tahu la berapa puluh ketul aku makan.  habit buruk aku ni start masa aku patah kaki semasa tingkatan 6 dulu..  aku punyalah berpantang waktu tu.  Aku takpernah makan ais sebelum tu.  Tapi tak tau macam mana haritu, aku berjalan dengan tongkatku menuju ke peti ais.  Dan aku melihat sesuatu. AIS.  Aku pun ambikla seketul. Krookkk krokkkk aku mengunyah.  Erm sedapp..


Lepas satu, satu aku makan. sampai la ke hari ini, masa ni, tarikh ni. Dah nak masuk 6 tahun aku menguyah ais.  Ohsem tak?? Nenek aku, kawan2, orang2 sekeliling aku dah warning  dan ugut aku macam2. Momokkan aku dengan pelbagai cerita tak seram sebab aku selalu makan ais. Tapi aku jenis tak makan saman kalau aku dah gian dengan sesuatu benda tu.


Setiap kali aku makan dengan ex-roomate aku, pompuan ni mesti dengki kat aku. Dia akan dajalkan aku. Kau tahu macam mana dia dajalkan? Masa aku syok mengunyah, dia ambik gelas aku dan campakkan ais2 aku dalam pinggan nasik yang dah tinggal sisa2 tuh.  Aku tak dapat buat apa la. Aku tengok ais2 ku dengan perasaan sedih. Cis! Hahaha.. dasat kan aku? Satu gelas aku boleh habiskan, siap mintak member punya lagi..


Aku tak tau bila habit aku ni akan berakhir.  Mungkin  aku akan berhenti bila gigi aku dah start rongak, atau mungkin bila gigi aku dah sakit bagai nak gila.  Tapi Alhamdulillah sepanjang perjalanan hidup ini, eh sepanjang aku buat kerja ni, gigi aku masih kukuh berdiri di tempatnya.  Cuma ada sedikit lubang macam nak retak akibat aktiviti gian aku ni..

lazat sekalii nih!
 


Tabiat buruk ni sebenarnya tak lah teruk kalau iaa tak memudaratkan diri sendiri. Macam aku, memudaratkan sebenarnya tapi tak kena lagi kan, so tak buruk la ek? Heheh.. kalau korang ada tabiat buruk, aku nasihatkan korang teruskan je la. Bukan masalah pun.. janji yang tak memudaratkan hokey? Sekarang aku rasa.. aku rasa.. rasa bersalah pulak tulis entry tak berfaedah nih…

nikmatnya..


Jumpa lain hari laaaa..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan