Sumber : http://www.firdauskasim.com/2011/07/tutorial-memasang-iklan-nuffnang-dengan.html#ixzz1isBYJbNd http://www.nuffnang.com.my/help/find-ticket ).

Khamis, 26 Disember 2013

Akhirnya Kehidupan Pelajar.

Tajuk macam sedih. Ya memang menyedihkan pun. 
Ini tahun terakhir aku bergelar pelajar. Pelajar yang bakal menamatkan perjalanan hidupnya sebagai seorang pelajar UUM. 


Aku masih ingat lagi waktu mula mula menjejakkan kaki ke sini. Aku sangat noob.
Aku innocent dan tak tahu apa-apa. Tapi alhamdulillah sekarang tahap noob aku dah kurang. 
Tapi masih ada la sikit. Hehe..


Ni minggu exam aku. Aku belum start dengan paper lagi. Masih menunggu. 29 disember ni paper aku.
 Dua paper. Mandarin 3 dan jugak paper seminar. 
Aku lelah sebenarnya ni sebab aku tak tau nak fokus 
pada paper mana.

Mandarin paper target aku. Tapi aku rasa susah pulak. Masih banyak words yang aku tak boleh ingat. 
Adakah disebabkan faktor umur aku yang dah tahap boleh menikah membuatkan
aku payah nak menghapal atau sebab apa?


29 disember tu jugak besday aku. jadi malam sebelum besday aku, aku tak dapat nak berjimba sakan dengan kawan kawan sekalian. Maafkan daku.


oke berbalik pada tajuk asal. Ini tahun terakhir aku, peperiksaan terakhir aku dan juga semester 
terakhir aku di sini. Sayangnya nak tinggal tempat yang dah 3 tahun aku berada ni. Sobbss.. 
Drama queen terpaksa dipaparkan. 


Tapi betol lah. Itu yang aku rasa. Macam macam benda, tragedi, hal, perkara, aktiviti yang berlaku sepanjang 3 tahun setengah aku di Sintok. Ada suka, Ada duka, ada sedih, kecewa, gembira, marah dan pelbagai perasaan yang manusia lain rasa.


Disini aku belajar berdikari. Tanpa pengawasan orang tua. Tanpa sesiapa. Maklum saja aku kan tuan puteri.
 Kalau aku kat rumah mana boleh keluar sewenangnya. 
Semua benda umi aku yang buat.
 Umi aku yang teman. 


Tapi dekat sini takda sapa oke. Eh ada la jugak. Hehe.. Aku kena buat semua kerja. Sendiri. Macam bodoh sangat pulak aku ni kan? 
Tak da la bodoh mana weh. Tapi aku memang ank manja yang tak reti apa apa. 


Mujurla aku masuk u, kalau tak sampai sekarng aku membod0h tak reti apa apa. Hah, kay sini jugak
aku belajar keluar, berjimba bak kata anak muda sekarang.
 Tapi bukan la bersosial macam setan hokay.
 Keluar malam tu biasalah kat sini. 


Dulu mana pernah keluar malam. Gila nak mampos aku buat macam tu kat rumah. Tapi dekat sini kemain. Keluar siang balik pagi pun pernah. Tapi sebab sesat la. HAHAHA..


Lepas paper terkhir aku pada 10.1.2014, aku akan meninggalkan Sintok. 
Aku takkan datang lagi lepas cuti sem ni. 
sobbbss.. 
Sedihnya aku. 
Tak ada lagi kehidupan pelajar aku.
 Tido lewat malam kadang kadang pagi,
 bangun saat matahari dah tenggelam balik, enjoy layan movie sampai tak tido, lepak sana sini.
 Tak ada dah semua tuh. 


Aku akan meninggalkan semua kehidupan pelajar aku di sini. Tahun depan aku dah start praktikal. Aku dah kena ubah hidup aku.


Kena belajar bangun pagi, kena tahan stress, kena kawan dengan semua orang, dan macam macam lagi. 
Aku dah kena persiapkan mental dan 
fizikal aku untuk menjadi seorang intern yang bagus dan jugak bakal graduan yang boleh dijual. Bukan jual macam kambing. Kebolehpasaran gituuu. 


Tapi aku pun tak tahu samada aku layak atau tak. Takut. Tapi kena jugak.


Sama la macam kena inject zaman sekolah dulu. Takut. Siap lari nyorok lagi. Esoknya misi tu datang balik nak inject aku.
 Bodoh gila aku dulu. Wakakaka.


Hurmm.. aku harap sangat peperiksaan terakhir aku ni boleh dapat cemerlang sikit. Tapi study pun malas ni. Nak cemerlang.
 Harapan aku sama la macam budak budak cite
 omputih tu.
 Yang letak stokin pastu harap santa claus datang dengan rusa malam malam
letak hadiah dalam stoking.


Usaha takda, tawakal saja. Mana boleh bro!


Eh melalut sampai ke santa clause pulak. Kembali ke jalan asal. Aku pasti akan rindukan tempat ni. Aku pasti rindu kehidupan ni. Aku pasti rindu nak pergi kelas. Dulu monteng selalu. Bila dah nak habis baru rasa rindu. Manusia memang macam ni.



first time dinner course aku join. Tahun akhir. Selalu tak pernah join.    




part time job yang selalu jugak aku join. Dapatlah fulus sikit. Lumayan jugakla.


BBQ event dengan budak budak BHM aku. Mesti rindu kat dorang nanti.


percubaan pertama aku naik benda ni. Tah apa namanya aku tak tau. Lenguh jugak kayuh menatang ni. Dekat Tasik Mas. lepasni dah tak merasa Tasik ni.

berposing bersama lect lect aku dan kawan2 yang spoting.


lepas presentation seminar. Kami semua macam calon calon ahli politik tanah air. Opps!


Banyak lagi event event dan benda benda yang tak mampu aku ceritakan. terlalu banyak. 
Semua nya akan tersemat kemas dalam memori unlimited kepala hotak aku ni. 


Aku tunggu nak print file sebenarnya ni tapi budak yang print tu tak muncul muncul.
Dah siap aku update satu blog. Tak muncul lagi. Eh kau ni nak kerja ke taknak? Kang aku print sendiri kang. 


Oke, aku nak balik. Pinjam latop kat lab je pun. Laptop aku tu dah mati pucuk. Tak dapat wifi. Boleh berseronok tapi tak mampu memuaskan tuan. Eh! Bodoh ayat aku. 
Banyak sangat membaca novel dewasa. 


Jumpa lagi blog. Mungkin tahun depan masa aku dah praktikal. BYE!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan