Sumber : http://www.firdauskasim.com/2011/07/tutorial-memasang-iklan-nuffnang-dengan.html#ixzz1isBYJbNd http://www.nuffnang.com.my/help/find-ticket ).

Khamis, 26 Disember 2013

Mencari Duit Raya


Hohoho sahabat sekalian! Bahagia sekali gue nih. Hahahaha.. dapat duit raya. Tapi hasil kerja sendiri. Bukan dapat free hokayy..
Cuti semester yang lepas, aku dengan rajin dan nekad telah membuat satu kerja iaitu partime di sebuah pasaraya yang terkenal tapi aku kena rahsiakan namanya.. hehehe.. polisi syarikat..


Setelah dua hari aku cuti sem, aku dengan berani terus ke pasaraya tersebut dan bertanyakan pekerja di situ. Aku cakapla yang aku nak jumpa supervisor. Agak kerek aku disitu. Hehe.. lepas tu, aku masuk jumpa supervisor. Aku cakap nak kerja situ. Ada jawatan kosong tak. Kerek bukan?


Lantaklah. Kakak tu cakap ada. Dia terus menyuruh aku mengisi borang dan menandatangani perjanjian, polisi dan syarat2 kerja. Dan waktu tu jugak aku terus diinterview. Wah! Tak sangka sesenang ni kerja aku. 


Kak yana Tanya bila aku boleh start kerja. Aku cakapla secepat mungkin. Dia suruh aku datang kerja 2 julai. Beresss…
Tepat 2 julai, zappp! Aku muncul berpakaian kemas t-shirt putih, tudung putih dan seluar jeans hitam dan bersneakers. Agak kacak juga aku ketika itu.


Selepas diajar cara punch card, aku turun ke department aku iaitu LADIES kauuuu.. hahah.. aku diberi jawatan sales assistant kat department pakaian wanita. Mula2 kerja, aku memang takda kerja.
Hari kedua kerja, aku start menyusun, mengasing dan melipat seluar jeans. Selepas diajar oleh Kak Yah, fuh, aku dah terror. Ilmu tu mencukupi.. seluar2 yang dilipat aku tuh kene puji ngan kak yah dan puan bos! Hhhahaha.. 


Tak sia sia weh aku sentiasa melipat baju di rumah sebab boleh aplikasikan di tempat kerja. Dan begitulah kerja2 aku setiap hari. Mula2 kerja, aku takda kawan langsung. Sehinggalah aku berkenalan dengan Eza. Dia ni baru 19 tahun, tapi kami jadi geng. Dia tak panggil aku akak oke. Tua sangatla akak2 ni.


Kami rilek2 jep. Lepas tu kami kenal ngan kak ti, wani dan Am. Tapi Am tak lama kat situ. Aku sempat kenal budak neh 5 hari jep. Dia berhenti sebab nak sambung study kat Mesir. Bakal peguam adik aku sorang nih.


….akan bersambung

Tiada ulasan:

Catat Ulasan