Sumber : http://www.firdauskasim.com/2011/07/tutorial-memasang-iklan-nuffnang-dengan.html#ixzz1isBYJbNd http://www.nuffnang.com.my/help/find-ticket ).

Rabu, 26 Mac 2014

Basuh Baju.



Simple.  Tajuk kali ni memang simple. Tak payah pening kepala tajuk panjang2. Ops, sudah cukup aku membicarakan tentang tajuk. Ada apa dengan tajuk? Tak ada apa apa. Ia Cuma tajuk ,bukan isi. Eh. Dahla tuuuu..



Oke untuk tajuk kali ini terjadi disebabkan aku baru sahaja membasuh sebaldi baju pada waktu pagi. Aku mengorbankan tidur demi untuk membasuh. Kenapa ayat aku macam skema jep? Ibarat karangan bahasa melayu STPM dulu.



Oke berbalik pada tajuk asal. Aku baru saja membasuh baju sebaldi kerana semalam aku tidak sempat membasuh kerana terlalu lalai dengan dunia. Eh. Apa ni? Aku terlalu menyibukkan diri dengan assignment sehingga terlupa sudah 2 MALAM aku tidak melaksanakan kerja2 bibik ni. Lantaran itu, aku terpaksa bangun awal pagi untuk membasuh.



Sebenarnya kan aku ni pemalas sangat2 nak basuh baju. Tapi bila memikirkan siapa yang akan meneruskan kerja ini, aku harus merajinkan diri. Ya.merajinkan diri ye kawan2. Tapi pemalas2 aku pun, aku amat gemar melipat baju. Bagilah baju setinggi gunung jerai sekalipun, aku sanggup. Tapi baju sendiri jep la. Setakat ni xpernah lagi la setinggi gunung mahupun bukit. Oh ya, kalau kat rumah pun memang kerja aku la melipat baju.



Aku sangat malas membasuh. Tugas tersebut diserahkan sepenuhnya pada adik lelaki aku. Hahahaha… tapi kat sini aku sedar dan tahu adik aku tiada. Oleh itu aku membasuh baju pada setiap malam bermula jam 12 malam. Pelik kan? Kadang kadang takut sebab bilik membasuh tu takda letrik dari sem 4 sampai sekarang, aku dah sem 6. Abang2 mahupun kakak maintainence sudah tak mahu berusaha lagi membaiki lampu. Huh makan gaji buta ke apa?     



Lantak la. Janji kerja aku siap. Selepas basuh baju tu kan , ada satu rasa. Rasa gembira dan bahagia bila melihat baju2 yang kita jemur di jemuran bergerak2 ditiup angin. Aku rasa macam bahagia tengok baju tu seronok dijemuran. Hahahaha..kalau boleh aku nak jep dduk situ dan tengok baju tu sampai ke malam dan terus ke pagi. Tapi memang seperti orang gila la duduk bawah ampaian dengan panas terik tu. Jadi aku batalkan niat.



Bila baju tu dah kering, satu lagi rasa. Rasa menyampah sebab kau kena angkat baju tu. Dan aku jenis  malas angkat baju. Hahahah.. tapi aku rajinkan jugak kerana takut dibaham beruk. Kau tahu tudung hijau tahik itik kesayangan aku pernah hilang? Aku syak beruk la yang mencurinya. Cisss kau!



Sebab itu aku perlu angkat bajuku dengan segera dan jemur di bilik untuk keselamtan baju2 tu. Ada sebab kenapa aku suka basuh baju malam.  Sebab pertama, tenang. Ya. Tenang… takda orang, tak perlu berebut tempat membasuh, ampaian banyak kosong dan yang paling penting tiada beruk. Beruk2 tu suka usya dan mengorat aku kalau aku basuh baju waktu siang hari. 



Kau tahu tak beliau boleh duduk dengan gaya macho dekat atas pagar tu sampai meletakkan rumput kat tepi celah bibir seperti hero anime jepun. Kau ingat kau hensem?? Huh tidak! Kau tu macam beruk. Eh, lupa kau sememangnya beruk.



Jadi sebab tu aku basuh baju waktu malam. Lewat malam okay. Aku rasa entry kali ni membuat orang yng membaca menyampah. Alahhh baju je pun tu nak tulis.. puiii… okay.. sudah.. tak mahu baca sila pergi. Ceh bajet ya aku. Maklum saja baru lepas basuh baju.. hahah. Sekarang perlu mandi.. daaa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan