Sumber : http://www.firdauskasim.com/2011/07/tutorial-memasang-iklan-nuffnang-dengan.html#ixzz1isBYJbNd http://www.nuffnang.com.my/help/find-ticket ).

Rabu, 26 Mac 2014

Dunia Baru

Tepat tarikh 10.2.2014, aku sampai di sini. tempat yang begitu asing buat aku. Tempat yang tak pernah aku jejak..


Bumi ini.. Kerana niat ingin mengembara mengenal tempat orang
sementara usia masih muda, aku dengan berani mengambil
risiko jauh dari sahabat yang lain.


pada mulanya susah jugak aku nak menyesuaikan 
diri di tempat baru. maklum saja tak biasa..


dengan rumah sewa duduk ramai2, kedai jauh, terseksa jugakla
zahir batin aku selama sebulan sebab nak
biasakan diri.


tapi lama2 aku jadi terbiasa dengan semua ni.
 tempat aku praktikal pulak memang kene speaking. oh ya lupa, aku ditempatkan di bahagian call center. dekat sini aku jadi operator. jadi sapa sapa yang call tu, akan dengar suara aku la yang pick the phone.




tugas aku ialah men'transfer'kan call dari luar atau dalam. Aku jugak akan ambil request dari guests dan inform pada housekeeping atau room service atau maintenance.


jadi jika dorang terlambat hantar atau repair something, yang akan kena tahan telinga kena maki adalah AKU.. aku pernah crying sebab ni tau. Sebab aku tak biasa. Aku rasa macam kerja ni susah sangat. Kita dah buat kerja kita tapi orang lain yang lambat, Kita yag kena. 


Sebelum terer(berlagak dah pro sekarng), aku memang hadapi macam2 dugaan la. Kena marah kena maki ngan bos, ngan guest dah jadi makanan aku. Tapi tu dulu. sekarang bos kemain baik ngan aku siap bagi aku tudung dari batam. Paling syok dia bagi aku nset sony sebab nset aku jahanammm.


biarpun nset tu lama, tapi masih elok lagi. Sony k610i.. hihi.. semua macam tak percaya bos aku baik ngan aku.. aku pon tak percaya..tapi betol la.


berbalik pada kerja aku. kerja ni mencabar sebenarnya dengan shift dan cuti tak sama macam orang lain.. Kadang aku stres.. cuti hari2 sekolah dan cuma satu hari jep. kadang2 taksempat kau nak golek2 riang atas katil. 


pastu masuk kerja pulak depend on shift. Kalau shift pagi kena masuk 6.30 pagi. Aku streess sebab takcukup tido. Pukul 5 dah kena bangun. Balik kerja pukul 2.30. Kalau shift petang pulak, dari 2.30 sampai 10.30 malam. 


Cuti hari orang tak cuti, jadi sepanjang aku kat sini memang aku tak dapat berjimba atau merayap la cerita dia. Ni la dunia baru yang aku alami. Dunia perhotelan sebenar. Penuh dengan dugaan dan tekanan. Huh. 


Aku kadang2 taknak kerja tapi taknak2 aku dah nak masuk 2 bulan aku datang kerja tanpa ponteng pun. Siap kena overtime lagi. Elaun dah la ciput kedekut betol. HuH. tU YANG TAK PUASHATI... kerja macam staf tetap jugak tapi gaji beza bagai langit dengan matahari. Ha kauu perumpamaan aku,. 


Kat sini normally kena speaking la. WEll bila sppeaking lidah pun terbelit. Aku main hentam jep broken english aku. Dah xsempat nak tengok oh my english dah. 


Kadang2 english aku macam power bila aku cakap ngan omputih., Kadang2 macam harem jadah. Hahaha aku pun tak paham ngan diri sendiri.


Tapi tak lama lagi maybe bulan depan aku akan transfer ke bahagian sumber manusia pulak. Aku nak try sesuatu yang jauh sikit dari bidang walaupun ada dalam skop study aku dulu.


Tapi sumpah aku cakap aku rindukan kehidupan pelajar aku kat kedah dulu. Kalau masa boleh putar balik, Aku nak bereda disana. Aku taknak hadap benda luar ni. Tapi ni la realiti hidup. Kena teruskan sama ada kau nak tau kau taknak. Tiada pilihan di tangan kau kerana benda ni wajib untuk kau graduate nanti. 


Hujung tahun ni aku konvo, In shaa allah kalau umur masih sempat menyedut udara Allah.. tahun ni usia sudah melangkah ke usia tua setahun. Dah tua aku ni dah boleh kawen dah. Hikhikhik.. gatalnyee..


Aku di sini sendirian. Aku dah takda kawan2 lepak dulu.. Aku rindu kan diorang., Ntah bila dapat jumpa lagi aku pun tak tau.. 


Sahabat jangan kau lupakan aku kerana aku tak pernah melupakan
korang. Korang sentiasa ada dalam kepala dan hati aku walapon aku ni katak bawah tempurung(xaktif fb n call, mesej). Nama dan wajah korang 
semua tersemat dalam memori otak unlimited aku. Suatu hari nanti kita semua pasti akan bersua kembali sahabat2 ku.


Ni waktu kerja aku update blog. Aku sibuk sangat sampai memang tak sempat nak buka atau baca blog.. Jadi masa kureng call berdering better aku hupdate blog. Kiki.. Waktu kerja aku tak pernah luang seperti budak2 governt..Hotel kan mana ada diam. Ada jep guest nak call mintak itu ini. Kita jumpa
lagi di lain lembaran. With love,
Nanazuki Mmmuah mmuah! gituuuu.;.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan