Sumber : http://www.firdauskasim.com/2011/07/tutorial-memasang-iklan-nuffnang-dengan.html#ixzz1isBYJbNd http://www.nuffnang.com.my/help/find-ticket ).

Sabtu, 21 Februari 2015

Alam Pekerjaan! Aku Dah Besar.


Tengok tajuk. Baca betul betul. Alam Pekerjaan. Yay! Aku dah besar. Dan juga tua. Hukhuk! Tapi masih berperangai seperti budak hingusan. Masih lagi manja dan comel seperti kucing peliharaan.

Errr, hehe sekali sekali masuk bakul angkat sendiri syok juga ya. Oke kembali ke jalan benar. Dah lama aku tak update blog. Sangat lama. Berbulan. Maybe almost setahun. Aku buzy. Sangat.

Aku bukan lagi seorang pelajar yang boleh bangun lambat, sesuka hati pergi kelas lambat, ponteng kelas, tido dalam kelas. Ish kenapa semua perangai buruk ni. Ni ke budak u?


Iya! inilah budak u yang perlu menjadi contoh kepada semua tahu!  


Tarikh last praktikal, aku ingat lagi, 10 July 2015, dengan gembira kerana mendapat markah yang baik dari supervisor sebab aku baik, berdisiplin, rajin dan fatonah beserta rapat dengan supervisor itu. Hahah.. Lepas habis praktikal, aku kembali ke kedah menyiapkan segala report dan presentation. Dah lama tak present, aku jadi badut sarkas depan lecturer. Oh sedih!


Pada 18 August 2014. bermula la kehidupan baru aku. Iaitu kehidupan seorang gadis bekerjaya. Ceh! Tak usah diceritakan pengalaman pertama kerja itu kerana sungguh menyedihkan. Aku bermula dari kosong. 

Pada 9 November 2014, iaitu hari paling bahagia dan bersejarah bagi aku, iaitu majlis konvokesyen yg ke 27 diadakan di UUM,, kedah.
Aku dari selatan bertolak balik ke Kelantan dengan perasaan gembira dan bangga kerana telah habis praktikal dan sudah bekerjaya tanpa perlu menganggur lama lama. Terima kasih pada ex boss yang menawarkan pekerjaan kepada aku.


masa dalam dewan. Bosan dengar bebel atas pentas, jadi posing la ciked. Kenangan ni.






Tada! Nasib baik terjumpa dorang masa keluar dewaan.



Cinta dunia akhirat! Terima kasih mami kuh!Muah ciked..


Berbekalkan sedikit gaji yang tak banyak, boleh jugak aku ringankan beban bapak aku. Aku booking hotel murahan di Jitra dan aku bayar sendiri sewa jubah. Haha. Berlagak!

lepas 12 tengahari, akhirnya aku berjaya mendapatkan scroll kosong tanpa ijazah. Huh! Lakonan semata di pentas. Bersalaman dengan orang tua pakai jubah, lupa nama apa Datuk tu. Eh tak salam pun. Bukan muhrim!


Lepas turun pentas. aku berlari ke belakang dewan, pulangkan jubah yang serabai sebab besar dan ambil ijazah yang real punya ijazah. Yeah! Finally!

Lepas tu, aku terus bertolak balik ke selatan. Ceh tak sempat posing sakan dengan sahabat handai serta rakan seperjuangan sebab aku kena kerja.


Bila dah kerja ni, lain macam la dia punya tanggungjawab. Aku tak boleh ponteng atau tak hadir sesuka hati dah. Aku dah jadi seorang yang BERTANGGUNGJAWAB, RAJIN, GIGIH, DAN BERKOMITMEN TERHADAP KERJA KAUU! . hah capslock aku bagi. 

Ni la yang menakutkan aku. Sebab Aku bukanlah seorang yang serius dan bertanggungjawab suatu ketika dulu. Kerap juga aku kena marah kerana berlawak loyar buruk berkenaan benda penting. 

Aku sekarang cuma HR Assistant di sebuah resort. Ceh. Tapi takpe la, gua oke. yang tak oke sekarang ni, gua tengah ambik alih tugas orang lain selama dua bulan.


Gua dari dulu bagitau kan, gua benci matematik, gua tak suka kira kira. Allah tu maha mengetahui. Kerja aku sekarang 100% kira kira. Huuuaaaaargh! Sekaarang aku pemangku jawatan paymaster@payroll admin@pembuat gaji staff. Dem!

Alhamdulillah bulan pertama buat gaji, dapat thumbs up juga sebab takda kesalahan. fuh! Lega.


Tapi sekarang tengah gila sebab banyak pembaharuan dan aku yang kena buat pembaharuan tu. Hukhuk malang tak habis


Tapi , aku bagi semangat kat diri sendiri. Nana, kau boleh buat walapon kau bengap. Aku anggap ni semua pengalamaan dan cabaran aku dalam dunia pekerjaan.


Sekurang kurangnya kalau aku resign dan nak kerja tempat lain, aku tak payah risau sangat bila terlibat dalam payroll, sebab semua syarikat, company, tempat dan resort serta hotel memerlukan payroll. See! Nampak tak kelebihan payroll? Hahah berlagak lagi.


Sekarang aku kerja gila babi betul. Dari 9 pagi, kadang kadang balik pukul 9 malam, kadang kadang pukul 11 atau 12 malam. Dah serupa dengan bangla nepal dah. Time aku balik kadang kadang lagi lambat dari dorang. Giigih nya demi mengharumkan nama bos yang tersedia wangi.

eh dahla, panjang sangat dah ni, tadi kata buzy, tak cuti la apa la. Update blog boleh plak. Woha! Dah nak balik. Harini half day je sebenarnya, pukul 1 je, tapi stayback sebab ada banyak kerja nak kena buat. Dua bulan depan aku akan memegang kembali jawatan lama aku dengan gaji yang sama tidak berubah. hIHI


Bulan ni patut naik gaji boss! errr hahaha daaaa!



Tabik hormat! Haip!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan